Tuesday, August 18, 2009

PCC NEXUS 2009 Part 1

PCC Nexus 2009 telah berlangsung pada Ahad 16 Ogos 2009, bertempat di Nortingham University, Semenyeh. Dengan sambutan mencecah 1000 peserta, ini merupakan penyertaan paling ramai semenjak PCC diadakan sejak beberapa tahun lepas. Ramai peserta yang datang deri seluruh negara, termasuk dari Malaysia Timur, tak kurang juga dari luar negeri khususnya dari Singapura. Dengan jarak kayuhan menceceh 65km offroad ia merupakan cabaran yang agak sukar terutamanya kepada rider baru seperti saya. Ikuti catatan yang sempat saya rakamkan di sepanjang kayuhan setakat stage 2 sejauh hampir 40km.

Peserta sibuk bersiap seawal jam 7.00am.

Penyertaan yang menggalakan telah menyebabkan kesemua parking lot di Nortingham University penuh.

Masing-masing menunggu untuk dilepaskan sambil mendengar taklimat dari pengganjur.

On your mark.....Get set.....GO!!!

Dalam satu pasukan...Cantik betul baju dia orang nii...Group Seremban bla lagi nak order??

Keseorangan...

Di peringkat awal perlumbaan, sebaik saja dilepaskan. Oleh kerana semua peserta dilepaskan sekali gus, keadaan menjadi sesak sebaik saja memasuki laluan jalan tanah merah yang berbukit dan berlubang. Ukuran jalan yang tidak menentu telah menambahkan lagi kesesakan.

Masing-masing terpaksa tolak basikal. Tapi ini bukan pertandingan tolak basikal tau...Jangan salah sangka lak key!!!

Semua cuba untuk pergi lebih dhulu untuk sampai ke chech point pertam sejauh 21km dari tempat kami dilepaskan. Ukuran bukit tertinggi pula adalah melebihi 130m dari aras laut. Itulah perjalanan yang perlu peserta lalui untuk sampai ke check point tersebut. Sepanjang perjalanan tak sedikit yang terpaksa tolak saja basikal, terutamanya ketika laluan mendaki. Ramai juga yang membuat check point sendiri. Maklumlah 21km offroad bukan satu jarak yang mudah untuk dihabiskan. Tapi itulah cabaran yang disediakan untuk menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Walaupun ada hadiah yang menanti bagi peserta yang mampu menamatkan 4 stage...keupayaan yang kurang telah menyebabkan hadiah itu tak mampu membawa ramai peserta ke garisan penamat. Jalan terbaik ialah Chicken Run atau balik awal melalui jalanraya.

Menghampiri check point pertama.

PCC NEXUS 2009 Part 2

Peserta berpusu-pusu mendapatkan bekalan air yang disediakan.

Akhirnya saya tiba di check point pertama...penat bang...21km dengan laluan yang tak tentu arah menyebabkan saya terpaksa berhati-hati terutamanya semasa laluan menurun. (downhill)
Untuk kayuhan di stage ini tak ada adigan tolak basikal yang saya lakukan melainkan di tempat-tempat yang memang peserta lain pun turun tolak. Sesuatu yang membanggakan bagi penyertaan pertama seperti saya. Saya minum sepuas-puasnya di check point dan makan sedikit pisang dan choclete bar bagi menambah tenaga untuk kayuhan stage 2 yang lebih dasyhat.


Biar basikal tumbang, jangan rider yang tumbang dah lee...hihihi.

Bergambar bersama beberapa peserta yang berjaya tamatkan stage pertama.

Salah satu kawasan perkelahan yang sempat saya rakamkan, terletak di laluan ke check point 2. Berhampiran dengan kampung orang asli di Borga. Boleh dikunjungi dengan kenderaan melalui Borga. Samasa saya sampai di situ ramai juga pengunjung yang sedang mandi.

Peminat PCC. Kanak-kanak orang asli ini tidak melepaskan peluang menyaksikan para peserta PCC berkayuh. Ramai yang sanggup berpanas menunggu ''rider'' sampai untuk bertepuk tangan tanda semangat kepada peserta yang dah agak keletihan.

Kediaman orang asli sekitar laluan stage kedua.

Check point 2. Saya sampai di sini jam 1.30pm. Selepas membasahkan kerongkong dengan beberapa hiris tembikai dan makan beberapa biji pisang, saya pun cuba-cuba tinjau Stage Info untuk perjalanan seterusnya. Tapi malang sekali, saya terlewat sampai di sini. Had masa untuk ke stage 3 ialah 12.30pm. Ini bermakna saya terpaksa ''chicken run'' ke garisan penamat menggunakan jalan raya sejauh 10km. Patutlah lambat, dalam perjalanan tadi entah berapa kali saya berhenti. Siap mandi sungai lagi. Maklumlah, penat sangat.

Peta laluan PCC Nexus 2009. Total offroad=68km, 4 stage.

''Ride Passport'', hanya bertanda di 2 stage sahaja.

Antara mereka-mereka yang ''rebah'' di check point 2.

Depan bangunan utama university.


Bergitulah beberapa catatan yang mampu saya tulis mengenai PCC pertama yang saya sertai. Nak tulis panjang-panjag pun, awak tak completed stage pun. Kepada yang berjaya habiskan kesemua stage, tahniah diucapkan. Kepada yang gagal, cuba lagi. Buat latihan yang lebih rapi
dan strategi motivasi yang lebih jitu. Kerana kedua-duanya amat penting dalam endurance mencabar seperti ini. Selain dari itu kesesuaian basikal juga penting. Cuba lagi di lain perlumbaan. Selamat berkayuh.

TTJ - RANTAU -SEREMBAN - SENAWANG - TTJ

Pada hari Sabtu 15 Ogos yang lalu, sebagai persiapan untuk PCC Nexus 09 kami telah membuat kayuhan pagi. Jadual asal adalah hanya untuk ambil breakfars di pekan Rantau dan patah balik ke TTJ. Maklumlah pada 16 Ogos 09 ramai diantara kami akan joint PCC di Semenyih ,Offroad sejauh 65km. Walaubagaimana pun setelah termakan racun kawan-kawan kami akhirnya mengubah jadual perjalanan. Dari rantau kami terus ke Serenban melalui Kuala Sawah, Mambau, masuk ke Seremban melalui Rasah dan terus ke Senawang melalui Ampangan. Seterusnya kami melalui Maa Fah (Kg. Sentosa) dan keluar di Matahari Hight. Dari sana beberapa orang dari TTJ melalui Pekan Lama Senawang dan XPDC kami berakhir di persimpangan lampu isharat TTJ.

Dari TTJ jam 8.00am tiba di pekan Rantau 8.30am.

Breakfast di Rantau. Selalunya kami akan makan di kedai ini, berhadapan balai polis.

Ketika tiba di Rasah, jam 11.00am.

Menuju Seremban melintasi Hospital Tuanku Jaafar.

Topeng muka yang menarik...Maklumlah musim wabak H1N1 laa katakan...

Berhenti di stesen minyak Jalan Rasah.

Malang tak berbau, basikal saya pancit di Pekan Lama Senawang, dekat cendol parut manual tuu...Yang guna motor roda tiga tuu...jam menunjukan pukul 12.30pm.


Saya ambil keputudan untuk tamatkan XPDC di situ dan minta isteri datang jemput dengan kereta. Jarak XPDC kali ini jika di kira sampai ke lokasi terakhir saya berhenti adalah sejauh 50km.

Monday, July 27, 2009

OFFROAD PERTAMA 26 JULAI 09 Part 1



Antara beberapa peserta yang mengikuti Offroad kali ini.

Pada 26 julai lalu, selepas sebulan joint group biker, saya berpeluang menguji ketahanan dengan mengikuti satu XPDC offroad yang diadakan di Ladang Sungai Gadut, Senawang. Persiapan dibuat sehari lebih awal, maklumlah... Offroad sulung laa katakan. Oleh kerana saya tak ada tayar offroad, terpaksalah pinjam dulu. Biasalah... Bro J yang jadi peminjam. Thank's Bro!!

Semua kelengkapan dah reddy... Tapi nampak tak air atas simen tuu??

Malam tu hujan lebat. Tapi XPDC ON!! Mari kita redah!!! Saya antara peserta yang tinggal paling dekat dengan trek. Kami berjumpa depan Kem TTJ. Yang lain akan masuk dari Bandar Baru Senawang.

Tayar pun dah tukar.(Tayar pinjam)

Helmet... readdy!!

Glove... baru jer basuh... hihi...

Sedikit tools... Kot ader ape-apeyang rosak boleh repair. Tuala Good Morning, buat lap peluh.

Kasut & stokin... Cantekkk!!!

Air... Aik... Keciknye botol ... Cukup ke tak ???


Tenggok betapa bersemangatnya saya... Semua ready on csh.

Tuala Good Morning atas bahu...C am penarik beca laa pulak nampak... (Goheak teksi) cakap orang Terengganu..


OFFROAD PERTAMA 26 JULAI 09 Part 2


Welcome to the club... Antara orang awal yang sampai di start point.

Antaranya Cikgu Bakar dariTTJ, Mr........dari Paroi Jaya. Ada yang sudah beberapa kali joint offroad macam ni. Ada yang dah jadi aktiviti mingguan atau bulanan... Tapi ada juga yang 1st time... Macam saya...

Tuu die... Kumpulan dari Senawang dah sampai.

Parking kereta di Taman Bandar Baru Senawang, kayuh sampai hujung taman, lepas tu downhill... Cepat laa ooi!!!

Antara yang paling awal sampai dari TBB Senawang, Bro J.

Kalau sesiapa nak joint kayuh bolek contact Bro J ni... Very nice man. Dia ni yang banyak organize aktiviti biking sekitar Senawang ni. Dengar khabar die ader bike nak jual murah-murah...Jadi, pada sesiapa yang berminat boleh cuba tanya.

Ramai yang tolak basikal turun... Curam tu broo...

Satu skill downhill yang baik.

Bukan senang nak dapat skill macam ni bro. Tengok gambar senang laa... Kalau sendiri bikin... Silap hari bulan tergolek dog... hihi... Ada beberapa faktor yang perlu ader utk mahir dalam downhill. 1.Basikal misti power. 2.Latihan. 3.Hati mahu kering broo... Berani!!! Kalau yang no 3 tu kurang... Simpan jer lah basikal tu kat rumah buat perhiasan.....

Seramai 27 orang ikut serta...
Ramai tu... Antara XPDC teramai yang pernah saya ikut.


Antara bike yang diidamkan ramai offroad biker... GT

Yang ni Bianchi, ader sebiji nak jual 2nd hand... RM2K broo... Ada sesiapa brani???

This my dream bike, Merida. Tak tahu kenape saye suke betul kat brand ni.

Saya sekarang dalam prosess kumpul duit... Target pertengahan tahun depan dah boleh sambar satu Merida offroad punya... Inshaallah.

Ader yang pancit lak tayar... tapi tak per pomen ramai...

OK... Let's Start...

Jadi,lebih kurang jam 9.20am tayar basikal kami mula bergolek, menyusuri jalan ladang yang agak licin & berlumpur. Hati-hati... nantikan ader pulak yang tersungkur.