Tuesday, August 18, 2009

PCC NEXUS 2009 Part 1

PCC Nexus 2009 telah berlangsung pada Ahad 16 Ogos 2009, bertempat di Nortingham University, Semenyeh. Dengan sambutan mencecah 1000 peserta, ini merupakan penyertaan paling ramai semenjak PCC diadakan sejak beberapa tahun lepas. Ramai peserta yang datang deri seluruh negara, termasuk dari Malaysia Timur, tak kurang juga dari luar negeri khususnya dari Singapura. Dengan jarak kayuhan menceceh 65km offroad ia merupakan cabaran yang agak sukar terutamanya kepada rider baru seperti saya. Ikuti catatan yang sempat saya rakamkan di sepanjang kayuhan setakat stage 2 sejauh hampir 40km.

Peserta sibuk bersiap seawal jam 7.00am.

Penyertaan yang menggalakan telah menyebabkan kesemua parking lot di Nortingham University penuh.

Masing-masing menunggu untuk dilepaskan sambil mendengar taklimat dari pengganjur.

On your mark.....Get set.....GO!!!

Dalam satu pasukan...Cantik betul baju dia orang nii...Group Seremban bla lagi nak order??

Keseorangan...

Di peringkat awal perlumbaan, sebaik saja dilepaskan. Oleh kerana semua peserta dilepaskan sekali gus, keadaan menjadi sesak sebaik saja memasuki laluan jalan tanah merah yang berbukit dan berlubang. Ukuran jalan yang tidak menentu telah menambahkan lagi kesesakan.

Masing-masing terpaksa tolak basikal. Tapi ini bukan pertandingan tolak basikal tau...Jangan salah sangka lak key!!!

Semua cuba untuk pergi lebih dhulu untuk sampai ke chech point pertam sejauh 21km dari tempat kami dilepaskan. Ukuran bukit tertinggi pula adalah melebihi 130m dari aras laut. Itulah perjalanan yang perlu peserta lalui untuk sampai ke check point tersebut. Sepanjang perjalanan tak sedikit yang terpaksa tolak saja basikal, terutamanya ketika laluan mendaki. Ramai juga yang membuat check point sendiri. Maklumlah 21km offroad bukan satu jarak yang mudah untuk dihabiskan. Tapi itulah cabaran yang disediakan untuk menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Walaupun ada hadiah yang menanti bagi peserta yang mampu menamatkan 4 stage...keupayaan yang kurang telah menyebabkan hadiah itu tak mampu membawa ramai peserta ke garisan penamat. Jalan terbaik ialah Chicken Run atau balik awal melalui jalanraya.

Menghampiri check point pertama.

1 comment:

  1. hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

    ReplyDelete