Tuesday, August 18, 2009

PCC NEXUS 2009 Part 2

Peserta berpusu-pusu mendapatkan bekalan air yang disediakan.

Akhirnya saya tiba di check point pertama...penat bang...21km dengan laluan yang tak tentu arah menyebabkan saya terpaksa berhati-hati terutamanya semasa laluan menurun. (downhill)
Untuk kayuhan di stage ini tak ada adigan tolak basikal yang saya lakukan melainkan di tempat-tempat yang memang peserta lain pun turun tolak. Sesuatu yang membanggakan bagi penyertaan pertama seperti saya. Saya minum sepuas-puasnya di check point dan makan sedikit pisang dan choclete bar bagi menambah tenaga untuk kayuhan stage 2 yang lebih dasyhat.


Biar basikal tumbang, jangan rider yang tumbang dah lee...hihihi.

Bergambar bersama beberapa peserta yang berjaya tamatkan stage pertama.

Salah satu kawasan perkelahan yang sempat saya rakamkan, terletak di laluan ke check point 2. Berhampiran dengan kampung orang asli di Borga. Boleh dikunjungi dengan kenderaan melalui Borga. Samasa saya sampai di situ ramai juga pengunjung yang sedang mandi.

Peminat PCC. Kanak-kanak orang asli ini tidak melepaskan peluang menyaksikan para peserta PCC berkayuh. Ramai yang sanggup berpanas menunggu ''rider'' sampai untuk bertepuk tangan tanda semangat kepada peserta yang dah agak keletihan.

Kediaman orang asli sekitar laluan stage kedua.

Check point 2. Saya sampai di sini jam 1.30pm. Selepas membasahkan kerongkong dengan beberapa hiris tembikai dan makan beberapa biji pisang, saya pun cuba-cuba tinjau Stage Info untuk perjalanan seterusnya. Tapi malang sekali, saya terlewat sampai di sini. Had masa untuk ke stage 3 ialah 12.30pm. Ini bermakna saya terpaksa ''chicken run'' ke garisan penamat menggunakan jalan raya sejauh 10km. Patutlah lambat, dalam perjalanan tadi entah berapa kali saya berhenti. Siap mandi sungai lagi. Maklumlah, penat sangat.

Peta laluan PCC Nexus 2009. Total offroad=68km, 4 stage.

''Ride Passport'', hanya bertanda di 2 stage sahaja.

Antara mereka-mereka yang ''rebah'' di check point 2.

Depan bangunan utama university.


Bergitulah beberapa catatan yang mampu saya tulis mengenai PCC pertama yang saya sertai. Nak tulis panjang-panjag pun, awak tak completed stage pun. Kepada yang berjaya habiskan kesemua stage, tahniah diucapkan. Kepada yang gagal, cuba lagi. Buat latihan yang lebih rapi
dan strategi motivasi yang lebih jitu. Kerana kedua-duanya amat penting dalam endurance mencabar seperti ini. Selain dari itu kesesuaian basikal juga penting. Cuba lagi di lain perlumbaan. Selamat berkayuh.

1 comment: