Pada hari Sabtu 15 Ogos yang lalu, sebagai persiapan untuk PCC Nexus 09 kami telah membuat kayuhan pagi. Jadual asal adalah hanya untuk ambil breakfars di pekan Rantau dan patah balik ke TTJ. Maklumlah pada 16 Ogos 09 ramai diantara kami akan joint PCC di Semenyih ,Offroad sejauh 65km. Walaubagaimana pun setelah termakan racun kawan-kawan kami akhirnya mengubah jadual perjalanan. Dari rantau kami terus ke Serenban melalui Kuala Sawah, Mambau, masuk ke Seremban melalui Rasah dan terus ke Senawang melalui Ampangan. Seterusnya kami melalui Maa Fah (Kg. Sentosa) dan keluar di Matahari Hight. Dari sana beberapa orang dari TTJ melalui Pekan Lama Senawang dan XPDC kami berakhir di persimpangan lampu isharat TTJ.
Saya ambil keputudan untuk tamatkan XPDC di situ dan minta isteri datang jemput dengan kereta. Jarak XPDC kali ini jika di kira sampai ke lokasi terakhir saya berhenti adalah sejauh 50km.
Ada group berbasikal ppuan di ttj tak? Sy nak join. Hubungi sy di telegram t.me/takde_username
ReplyDeleteTerima kasih