Welcome to the club... Antara orang awal yang sampai di start point.
Antaranya Cikgu Bakar dariTTJ, Mr........dari Paroi Jaya. Ada yang sudah beberapa kali joint offroad macam ni. Ada yang dah jadi aktiviti mingguan atau bulanan... Tapi ada juga yang 1st time... Macam saya...
Tuu die... Kumpulan dari Senawang dah sampai.
Parking kereta di Taman Bandar Baru Senawang, kayuh sampai hujung taman, lepas tu downhill... Cepat laa ooi!!!
Kalau sesiapa nak joint kayuh bolek contact Bro J ni... Very nice man. Dia ni yang banyak organize aktiviti biking sekitar Senawang ni. Dengar khabar die ader bike nak jual murah-murah...Jadi, pada sesiapa yang berminat boleh cuba tanya.
Ramai yang tolak basikal turun... Curam tu broo...
Bukan senang nak dapat skill macam ni bro. Tengok gambar senang laa... Kalau sendiri bikin... Silap hari bulan tergolek dog... hihi... Ada beberapa faktor yang perlu ader utk mahir dalam downhill. 1.Basikal misti power. 2.Latihan. 3.Hati mahu kering broo... Berani!!! Kalau yang no 3 tu kurang... Simpan jer lah basikal tu kat rumah buat perhiasan.....
Saya sekarang dalam prosess kumpul duit... Target pertengahan tahun depan dah boleh sambar satu Merida offroad punya... Inshaallah.
Jadi,lebih kurang jam 9.20am tayar basikal kami mula bergolek, menyusuri jalan ladang yang agak licin & berlumpur. Hati-hati... nantikan ader pulak yang tersungkur.
No comments:
Post a Comment