Monday, July 27, 2009

OFFROAD PERTAMA 26 JULAI 09 Part 3

Halangan pertama... Harung sungai. Ader yang buka kasut.

Oleh kerana hujan, air sungai naik. Biasanya kat sini boleh kayuh... Hari ni kena pikul pulak basikal ni. Ramai yang buka kasut...Takut basah .Sayang kasut laa konon. Kenapa tak ikut jer petua Puspawangi macam dalam pelem Musang berjanggut tu???

Awak pun bukak juga laa... Tak per, nanti boleh kesat dengan tuala Good Morning... hihi..

Masing-masing ikut giliran.

Tenggok... Betapa disiplinya bikers ni... Beratur lintas sungai... Macam askar Jepun masa serang Malaya, masuk dari Kelantan tahun 1942 dulu plak... Mase tu mereka pun mungkin offroad biking jugak... Siapa tahu, mungkin itulah kunci kejayaan Nippon Guntai untuk menguasai Tanah Melayu masa tu??? Renung-renungkan... Selamat beramal...

Satu lagi sungai.

Dari start point tadi saya berjaya kayuh dengan baik tampa turun tolak, walaupun ramai yang buat bergitu. Tapi lepas jer sungai ni saya akhirnya akur pada uphill... Ape lagi... Lu pikir laa sendiri... Turun tolak laa!!

Antara laluan yang kami tempuh.

Semasa sampai di highers point ni saya dah betul-betul down. Ingat tolak basikal tu sedap ke? Berat tuu broo... Uphill plak tuu!!!. Hampir-hampir saya termuntah, dah macam nak keluar dah.
Tapi sebab malu kat kawan-kawan saya cuba control dan duduk sekejap. Akhirnya rasa loya tuu hilang. Saya pun sambung kayuh semula.

Permandangan yang sempat saya rakam.

Ni selepas lalu satu slope yang berselut. Berat basikal dan kasut bertambah mendadak menyebabkan kami rasa kami bukan tolak basikal, Tapi tolak kerbau. Saya berhenti dan baring atas lumpur.... Sakit pinggang.

Semasa melalui kawasan ini,saya rasa cukup tercabar dengan keupayaan dan kesabaran diri sendiri. Tenggok orang lain boleh tolak, ada yang mampu pikul basikal masing-masing saya gagahi juga ikut mereka dari belakang. Sampai satu tempat wakti uphill, pertimbangan saya hilang sekejap, rasa macam dah giveup. Basikal yang saya store kan kat dalam rumah tu saya campak atas lumpur dan tanpa rasa malu kat kawan-kawan lagi saya baring mengadap langit kat tepi basikal. Penat,sakit pinggang & macam-macam lagi bermain di fikiran saya. Rasa menyesalpun ada gak kekadang menyelit. Mana taknya kasut pun dah jadi dejat 6kg berat sebab dipenihi lumbur. Basikal apa lagi... Tapi selepas beberapa minit baring, semangat untuk habiskan xpidisi datang balik bila memikirkan takan ada orang yang akan datang beri bantuan kat tengah tengah ladang ni. Lagipun kat atas sana mungkin laluan semakin baik , bisik saya memotivasikan diri sendiri. Walau bagaimanapun 2,3 kali juga saya terbaring selepas itu... bukan aper... PENATTT!!


Saya rasa tak ade sorang pun yang mampu kayuh dalam keadaan jalan bergini.

Cuba perhatikan kasut kawan kita ni... Bertempek dengan lumpur...Tu yang jadi kasut obesiti tuu!!! Sebelah pun cecah 6kg.

Oh kasut ku....

Nasib kasut saya yang saya selamatkan dari basah redah sungai tadi. Lari dari mulut harimau, masuk mulut buaya. Hey, mane ader binatang tu semua kat sini... Carilah peribahasa lain bro...

Oh basikalku.... Apa sudah jadi... Berlumpur!!!

Berginilah keadaan basikal saya setelah diserang lumpur yang macam simen baru bancuh. Saya akhirnya menggunakan tangan untuk buang lumpur dari tayar basikal.

Nasib baik ade anak sungai kat atas tu...

Apalagi... Jom basuh basikal!!!

Semasa sampai di puncak terakhir saya jumpa satu anak sungai mengalir. Saya seret basikal ke dalam sungai dan buang lumput sebanyak mungkin. Selepas tenggok basikal cantik sikit barulah saya teruja untuk teruskan kayuhan saya.

Tu dia... Tolak bang jangan tak tolak... Memang basikal tu kite beli mahal-mahal kan sebab nak tolak???

Tiang Sikso

Ni saya namakan Tiang Sikso.Terletak betul-betul belahang Kilang Samsung di Senawang. Sesiapa yang dapat melepasi tiang ni bermakna 2 siksa dah habis. 1 siksa tolak basikal dalam lumpur, 2 lepas tiang ni dah banyak downhill.
Alhamdulillah, selepas penat bertolak dan macam-macam gaya orang tarik basikal dalam lumpur, yang tak terfikir nak buat sebelum ni saya usahakan, saya selamat sampai di bawah tiang ni. Saya rasa PUAS!!! Lain kali nak ikut lagi... bisik hati saya.


Minum bang!!! Kecik botol? Cukup ker tu?

Foto ni saya ambil betul-betul di bawah Tiang Sikso. Masa ni perasaan membuak-buak. Walaupun satu group dah turun awal, saya bukanlah yang paling akhir tiba di sini. Kira OK jugalah walaupun kali pertama joint offroad. Rasa yakin pada diri bertambah tapi jangan lupa semua keupayaan kita tu sebenarnya pinjaman Allah.

TJ Golf & Country Resort.

Permandangan dari atas Kelab Golf Tuanku Jaafar, yang sempat saya rakam semasa berhenti rehat. Cantik jugak, cuma agak berkabus sebab hujan pagi tadi.


No comments:

Post a Comment