Monday, July 27, 2009

OFFROAD PERTAMA 26 JULAI 09 Part 4

Antara ahli XPDC yang terakhir tiba di Tiang Sikso.

Mereka ni lambat sebab salah sabuah basikal mereka mengalami kerosakan. Holder gear belakang patah. Nasib baik ade tauke basikal dalam group mereka, tapi cuma boleh guna single gear je lah. Tak pe lah, janji boleh kayuh. Bila uphill kene turun tolak.

Downhill yang dinanti-nantikan oleh setiap bikers.

Inilah laluan turun kami, walaupun kadang kadang terpaksa turun dari basikal sebab laluan masih berlumpur, tapi ia lebih mudah dari uphill berlumpur!!!

Kami keluar ke jalau utama ,Jalan Tampin-Seremban,bersebelahan kedai Cendol Leman Dawi.

Saya dah tak sempat nak rakam banyak gambar semasa turun, tahu-tahu dah sampai jalan besar. Ingat nak pekena cendol, tutup pulak Abang Leman tu hari ni... Kalau tak, boleh dengar celoteh bekas askar tu. Jangan tak tahu... Majalah 3 pernah datang buat liputan utama pasal cendol dia ni... Makan,makan,sekali bayar jo, tambah PERCUMOOO!!!

Gaya seorang biker.


Melintasa Tedika Sri Fajar TTJ.

Saje je ambil gambar kat sini, dah kebetulan lalu, apasalahnya. Sebenarnya tadika ni isteri saya yang punya. Dah hampir setahun dia kendalikan tadika ni. Kepada sesiapa yang berminat nak hantar anak masuk tadika, boleh cuba hantar ke Tadika Sri Fajar, menggunakan sistem Cahayaku secara franchise yang sah. Setakat ni pencapaian pelajar amat memuaskan. Promote lah pulak saya ni eek???


Operasi basuh basikal.

Selepas teruk diserang lumpur, kami berkumpul di finish point di TTJ fasa3 dekat 7e. Kebetulan ade car wash kat situ, kami pun basuh basikal dengan harga RM1 sebuah, basuh sendiri. Barelah nampak cantik semula basikal masing-masing.
Setelah hampir 5 jam ber XPDC, badan pun dah lenguh-lenguh, perut pun dah lapar, masing -masing balik dengan hati yang puas kerana semua berjaya habiskan route kali ini. Lain kali boleh buat lagi. 18 Ogos ada PCC Nexus Ride di Semenyih. Yang tu lagi ganaz broo... 65km offroad... Ada brani ka?? ?Lu pikir laa... Wasallam!!!

No comments:

Post a Comment