Monday, July 27, 2009

OFFROAD PERTAMA 26 JULAI 09 Part 3

Halangan pertama... Harung sungai. Ader yang buka kasut.

Oleh kerana hujan, air sungai naik. Biasanya kat sini boleh kayuh... Hari ni kena pikul pulak basikal ni. Ramai yang buka kasut...Takut basah .Sayang kasut laa konon. Kenapa tak ikut jer petua Puspawangi macam dalam pelem Musang berjanggut tu???

Awak pun bukak juga laa... Tak per, nanti boleh kesat dengan tuala Good Morning... hihi..

Masing-masing ikut giliran.

Tenggok... Betapa disiplinya bikers ni... Beratur lintas sungai... Macam askar Jepun masa serang Malaya, masuk dari Kelantan tahun 1942 dulu plak... Mase tu mereka pun mungkin offroad biking jugak... Siapa tahu, mungkin itulah kunci kejayaan Nippon Guntai untuk menguasai Tanah Melayu masa tu??? Renung-renungkan... Selamat beramal...

Satu lagi sungai.

Dari start point tadi saya berjaya kayuh dengan baik tampa turun tolak, walaupun ramai yang buat bergitu. Tapi lepas jer sungai ni saya akhirnya akur pada uphill... Ape lagi... Lu pikir laa sendiri... Turun tolak laa!!

Antara laluan yang kami tempuh.

Semasa sampai di highers point ni saya dah betul-betul down. Ingat tolak basikal tu sedap ke? Berat tuu broo... Uphill plak tuu!!!. Hampir-hampir saya termuntah, dah macam nak keluar dah.
Tapi sebab malu kat kawan-kawan saya cuba control dan duduk sekejap. Akhirnya rasa loya tuu hilang. Saya pun sambung kayuh semula.

Permandangan yang sempat saya rakam.

Ni selepas lalu satu slope yang berselut. Berat basikal dan kasut bertambah mendadak menyebabkan kami rasa kami bukan tolak basikal, Tapi tolak kerbau. Saya berhenti dan baring atas lumpur.... Sakit pinggang.

Semasa melalui kawasan ini,saya rasa cukup tercabar dengan keupayaan dan kesabaran diri sendiri. Tenggok orang lain boleh tolak, ada yang mampu pikul basikal masing-masing saya gagahi juga ikut mereka dari belakang. Sampai satu tempat wakti uphill, pertimbangan saya hilang sekejap, rasa macam dah giveup. Basikal yang saya store kan kat dalam rumah tu saya campak atas lumpur dan tanpa rasa malu kat kawan-kawan lagi saya baring mengadap langit kat tepi basikal. Penat,sakit pinggang & macam-macam lagi bermain di fikiran saya. Rasa menyesalpun ada gak kekadang menyelit. Mana taknya kasut pun dah jadi dejat 6kg berat sebab dipenihi lumbur. Basikal apa lagi... Tapi selepas beberapa minit baring, semangat untuk habiskan xpidisi datang balik bila memikirkan takan ada orang yang akan datang beri bantuan kat tengah tengah ladang ni. Lagipun kat atas sana mungkin laluan semakin baik , bisik saya memotivasikan diri sendiri. Walau bagaimanapun 2,3 kali juga saya terbaring selepas itu... bukan aper... PENATTT!!


Saya rasa tak ade sorang pun yang mampu kayuh dalam keadaan jalan bergini.

Cuba perhatikan kasut kawan kita ni... Bertempek dengan lumpur...Tu yang jadi kasut obesiti tuu!!! Sebelah pun cecah 6kg.

Oh kasut ku....

Nasib kasut saya yang saya selamatkan dari basah redah sungai tadi. Lari dari mulut harimau, masuk mulut buaya. Hey, mane ader binatang tu semua kat sini... Carilah peribahasa lain bro...

Oh basikalku.... Apa sudah jadi... Berlumpur!!!

Berginilah keadaan basikal saya setelah diserang lumpur yang macam simen baru bancuh. Saya akhirnya menggunakan tangan untuk buang lumpur dari tayar basikal.

Nasib baik ade anak sungai kat atas tu...

Apalagi... Jom basuh basikal!!!

Semasa sampai di puncak terakhir saya jumpa satu anak sungai mengalir. Saya seret basikal ke dalam sungai dan buang lumput sebanyak mungkin. Selepas tenggok basikal cantik sikit barulah saya teruja untuk teruskan kayuhan saya.

Tu dia... Tolak bang jangan tak tolak... Memang basikal tu kite beli mahal-mahal kan sebab nak tolak???

Tiang Sikso

Ni saya namakan Tiang Sikso.Terletak betul-betul belahang Kilang Samsung di Senawang. Sesiapa yang dapat melepasi tiang ni bermakna 2 siksa dah habis. 1 siksa tolak basikal dalam lumpur, 2 lepas tiang ni dah banyak downhill.
Alhamdulillah, selepas penat bertolak dan macam-macam gaya orang tarik basikal dalam lumpur, yang tak terfikir nak buat sebelum ni saya usahakan, saya selamat sampai di bawah tiang ni. Saya rasa PUAS!!! Lain kali nak ikut lagi... bisik hati saya.


Minum bang!!! Kecik botol? Cukup ker tu?

Foto ni saya ambil betul-betul di bawah Tiang Sikso. Masa ni perasaan membuak-buak. Walaupun satu group dah turun awal, saya bukanlah yang paling akhir tiba di sini. Kira OK jugalah walaupun kali pertama joint offroad. Rasa yakin pada diri bertambah tapi jangan lupa semua keupayaan kita tu sebenarnya pinjaman Allah.

TJ Golf & Country Resort.

Permandangan dari atas Kelab Golf Tuanku Jaafar, yang sempat saya rakam semasa berhenti rehat. Cantik jugak, cuma agak berkabus sebab hujan pagi tadi.


OFFROAD PERTAMA 26 JULAI 09 Part 4

Antara ahli XPDC yang terakhir tiba di Tiang Sikso.

Mereka ni lambat sebab salah sabuah basikal mereka mengalami kerosakan. Holder gear belakang patah. Nasib baik ade tauke basikal dalam group mereka, tapi cuma boleh guna single gear je lah. Tak pe lah, janji boleh kayuh. Bila uphill kene turun tolak.

Downhill yang dinanti-nantikan oleh setiap bikers.

Inilah laluan turun kami, walaupun kadang kadang terpaksa turun dari basikal sebab laluan masih berlumpur, tapi ia lebih mudah dari uphill berlumpur!!!

Kami keluar ke jalau utama ,Jalan Tampin-Seremban,bersebelahan kedai Cendol Leman Dawi.

Saya dah tak sempat nak rakam banyak gambar semasa turun, tahu-tahu dah sampai jalan besar. Ingat nak pekena cendol, tutup pulak Abang Leman tu hari ni... Kalau tak, boleh dengar celoteh bekas askar tu. Jangan tak tahu... Majalah 3 pernah datang buat liputan utama pasal cendol dia ni... Makan,makan,sekali bayar jo, tambah PERCUMOOO!!!

Gaya seorang biker.


Melintasa Tedika Sri Fajar TTJ.

Saje je ambil gambar kat sini, dah kebetulan lalu, apasalahnya. Sebenarnya tadika ni isteri saya yang punya. Dah hampir setahun dia kendalikan tadika ni. Kepada sesiapa yang berminat nak hantar anak masuk tadika, boleh cuba hantar ke Tadika Sri Fajar, menggunakan sistem Cahayaku secara franchise yang sah. Setakat ni pencapaian pelajar amat memuaskan. Promote lah pulak saya ni eek???


Operasi basuh basikal.

Selepas teruk diserang lumpur, kami berkumpul di finish point di TTJ fasa3 dekat 7e. Kebetulan ade car wash kat situ, kami pun basuh basikal dengan harga RM1 sebuah, basuh sendiri. Barelah nampak cantik semula basikal masing-masing.
Setelah hampir 5 jam ber XPDC, badan pun dah lenguh-lenguh, perut pun dah lapar, masing -masing balik dengan hati yang puas kerana semua berjaya habiskan route kali ini. Lain kali boleh buat lagi. 18 Ogos ada PCC Nexus Ride di Semenyih. Yang tu lagi ganaz broo... 65km offroad... Ada brani ka?? ?Lu pikir laa... Wasallam!!!

Thursday, July 16, 2009

ULANG TAHUN KE 9


Sedar tak sedar esok dah masuk 9 tahun saya bekerja di sharikat yang saya bekerja sekarang. Alhamdulillah berkat kesabaran dan kerjasama dari kawan-kawan juga pekerja-pekerja saya, Inshaallah saya akan melangkah ke tahun ke10 bekerja bermula dari Sabtu 18 Julai 09.Sudah banyak perubahan berlaku pada diri saya sepanjang bekerja di sini.Usia dah tentu 9 tahun meningkat.Berat badan pun ader sikit.Tapi yang paling penting adalah pengalaman kerja dan keupayaan menanggung kehidupan dengan baik,amat saya shukuri.Sekali lagi. Alhamdulillah.
Kebetulan pula hari ini,16 julai 09 Boss baru dari Jepun datang melawat.Mr Hedekuni yang baru dilantil menjadi ''Shacho'' macam CEO lah,datang ke sini buat kali pertama. Dalam ucapan yang di beri pagi tadi, saya mengambil kesempatan untuk memotivasikan diri sendiri untuk terus bekerja dengan lebih baik.

Saya perasan pagi tadi waktu minum di kantin,ramai pekerja wanita datang bekerja ber ''touch up''hari ni.Mungkin sebab ada visitor,gerak hati saya.Tapi selalunya tak macam ni atau tak seketara kali ini. Tapi setelah saya lihat sendiri wajah Boss baru kami tu,baru saya faham mengapa ramai yang pasang ''light makeup''.Memang handsome Jepun tu,tambah pula masih 30an.Dan yang penting, belum kahwinnn!!!Manalah tahu luck sebaik Cinderella....dapat kahwin dengan Boss besar...Just kidding OK,kepada rakan sekerja wanita saya,jangan marah...nanti kena jual!!



OK lah. Boss pun dah beri beberapa pesanan kepada semua pekerja untuk terus bertahan dan mengatasi segala masalah di musim kegawatan ekonomi ini.Saya harap rakan-rakan dan saya akan terus berusaha,memberikan tenaga dan fikiran,agar kita sama-sama dapat melewati
masa-masa sempit ini ke hari-hari yang lebih sebok,banyak OT dan dengan secara tidak langsung pendapatan kita akan bertambah.Akhir kata! KITA BOLEH!!!


Apolak kono yang sorang ni ontah?? Orang lain angkek tangan, dio pi dok mencangkung plak??

Tuesday, July 14, 2009

BASIKAL

Inilah basikal saya,''DaimondBack''.Ni kat parking area die,kat dalam courtyard rumah saya.Orang rumah pun tak komplen,jadi biarlah die dok kat situ dulu.




Seat : ''Merida''


Gear system : ''Shimano''

Lampu depan,''Cat Eye''...tapi bukan ''buah mata kucing''tau!!!

Video ni saya bluethooth dari "Bro Jam". Die ni kire otai biker kat Senawang ni. Masa tu kami day ride ke Rantau.Video ni mase patah balik ke TTJ...tengah demam Le Tour De France laa katakan....

Monday, July 13, 2009

AYUH BERKAYUH



Selepas beberapa waktu mencari basikal akhirnya saya sambar satu bike yang kire medium range jer laa dulu.Maklumlah...beginner laa katakan.Itupun ader biker yang tolak secondhand.Dalam lima enam ratus jer.Tapi kalau campur gan 'kit' cecah gak seribu tuu hari. Semua pakai duit jual motor hari tuu. So sekarang saya dah kembali berkayuh macam masa sekolah dulu. Dapatlah keluar peluh dan uji ketahanan mental bile joint biker lain buat "off road''.

Ni waktu rehat kat Warisan Putri mase buat nite bike beberapa minggu lepas.Rase macam ''le tour'' laa pulak!!!!

Salah satu basikal yang paling ''demand''yang pernah saya try...RM18,000 100% carbon fiber frame. Nak beli tak mampu,tenggok jer laa.


Thursday, June 18, 2009

JUAL MOTOR.

Semalam saya jual motosikal EX5 yang saya beli hampir 10 tahun dulu pada kawan saya. Rasa terkilan pun ada sebab dah lama moto tu berjasa pada saya, tapi kerana sejak kebelakangan ini saya hampir langsung tak menggunakanya, keputusan untuk jual tu saya rasa yang terbaik. Kawan saya dah ambil dah hantar repair motor tu. Malam semalam masa datang bayar saya tenggok motor tu dah berubah, nampak cantik pulak. Memang keputusan jual tu nampaknya baik untum motor tu kot. Jadi hari ni saya jadi orang ber'uwang' sekejap. Itupun tak lama sebab saya dah pergi survay mountain bike ''BAEKK PUNYA'' untuk dibeli menggantikan motor tu. Tenggoklah nanti,kalau ader rezeki maka ber''mountain bike'' pula saya lepas ni.


Wednesday, January 21, 2009

HARAPAN KELUARGA.



Dah 2 minggu anak saya ni masuk asrama. Rasa sunyi pulak kat rumah tu. Tak de lagi kedengaran suaranya yang selalu marahkan adik adik bila peralatan sekolahnya diusik. Dia ni anak sulung, jadi selalulah diberi tanggungjawab menjaga adik adik. Dia ada 3 orang adik, seorang perempuan dan 2 orang adik lelaki.
Selepas pembantu rumah saya balik Indon tak datang datang, banyak tanggungjawab terpaksa dia pikul,tambahan pula masa tu cuti sekolah. Kesihan....Tak macam kawan kawan lain ,bila cuti dapatlah peluang pergi mana mana sekurang kurangnya ke rumah nenek.Tapi dia kena duduk kat rumah saja dengan adik adik.,Bukan suka, tapi atas dasar tanggungjawab dia bersabar.
Nama dia Sayidatulatiyah....''Anugerah'' lah lebih kurang maknanya. Dulu 6 tahun bersekolah di Sekolah Rendah Agama As Saidiyah Seremban. Tak de lah cerdik sangat, pada pandangan saya lah. Darjah 1 sampai darjah 4 tak menonjol langsung kat sekolah. Kat rumah selalu kena marah. Kalau dengan ibu tentu pasal kerja rumah. Kalau dengan abu (ayah) pasal pelajaran atau feel yang tak baik. Kadang kadang menyesal pulak rasanya selalu marah anak ni. Eh..eh..eh..
Masuk tahun 5 dia naik kelas, barulah nampak peningkatan dalam pelajaran. Itupun nampak macam biasa sahaja. Tahun 6 sekolah adakan program kelas tambahan, maklumlah UPSR. Dia nampak bersungguh sunguh ikut apa apa program sekolah. Saya pun taklah pantau sangat, cuma ibu dia kadang kadang bising sebab ada benda benda mudah dia masih tak faham.S ampai dekat dekat exam pun masih ada yang dia tanya ibu dia. Apalagi makcik tu.......hangin laa satu badan. Padahal budak tu nakkan pengesahan je kot. Biasalah ibu ,sentiasa letakan harapan yang tinggi pada anak. Saya ada tanya tahap self confident dia, nampaknya tinggi. Di luar expectation saya.Trial dia confident dapat 5A. Tapi result 4A 1B. Tapi dia nampak selambe je, macam tak kisah pun.
Bila peperiksaan makin dekat baru nampak kesungguhan, itupun tak meyakinkan saya. Tapi atas dasar tak nak push dia saya hanya bagi galakan supaya dia tak rasa tertekan. Cuma satu dia ni rajin berdoa, solat hajat dan yang sewaktu denganya. Tak macam saya....Kalau isteri tak kejut ,pakai guna doa lepas solat biasa jer lah.Itu pun selalu miss. Yang bestnya dia pernah tulis surat kat sorang ustaz minta doakan dia, siap bagi duit 10 ringgit sebagai penghargaan. Saya dijadikan postman, segan jugak dibuatnya.
Musim UPSR tahun tu bulan puasa, risau juga rasanya maklumlah takut kalau lapar terganggu pula konsenrtasi. Saya tanya lagi sekali self confidentnya, 5A katanya. Saya tanya balik kalau tak dapat? Dia jawab 4A1B. Wah!!!Ini sudah bagus. Hari terakhir exam ada cerita tak sedap dengar.
Matematik dia tak dapat habiskan jawapan, tak cukup masa katanya. Yang last last dia main hentam je. Aduh....Parah. Saya mula hilang keyakinan nak terima result 5A.
Tapi dia betul2 membanggakan saya bila tiba hari keputusan keluar, ikgu ucap tahniah pada saya sebab die score 5A utk UPSR.S ementara utk aliran Agama dari 15 subjec dia score 8A 5B. Alhamdulillah. Sayalah org paling bangga pada hari itu.
Sekarang dia sudah bersekolah jauh nun di Dungun, kat rumah nenek dia. Mudah2an Allah bantu dia untuk terus berjaya bukan setakat dunia tapi Akhirat yang lebih utama.
Untuk Kakak...Abu doakan sentaiasa berada dalam Redha Ilahi...Amin. I m proud on you!!