Monday, July 13, 2009

AYUH BERKAYUH



Selepas beberapa waktu mencari basikal akhirnya saya sambar satu bike yang kire medium range jer laa dulu.Maklumlah...beginner laa katakan.Itupun ader biker yang tolak secondhand.Dalam lima enam ratus jer.Tapi kalau campur gan 'kit' cecah gak seribu tuu hari. Semua pakai duit jual motor hari tuu. So sekarang saya dah kembali berkayuh macam masa sekolah dulu. Dapatlah keluar peluh dan uji ketahanan mental bile joint biker lain buat "off road''.

Ni waktu rehat kat Warisan Putri mase buat nite bike beberapa minggu lepas.Rase macam ''le tour'' laa pulak!!!!

Salah satu basikal yang paling ''demand''yang pernah saya try...RM18,000 100% carbon fiber frame. Nak beli tak mampu,tenggok jer laa.


Thursday, June 18, 2009

JUAL MOTOR.

Semalam saya jual motosikal EX5 yang saya beli hampir 10 tahun dulu pada kawan saya. Rasa terkilan pun ada sebab dah lama moto tu berjasa pada saya, tapi kerana sejak kebelakangan ini saya hampir langsung tak menggunakanya, keputusan untuk jual tu saya rasa yang terbaik. Kawan saya dah ambil dah hantar repair motor tu. Malam semalam masa datang bayar saya tenggok motor tu dah berubah, nampak cantik pulak. Memang keputusan jual tu nampaknya baik untum motor tu kot. Jadi hari ni saya jadi orang ber'uwang' sekejap. Itupun tak lama sebab saya dah pergi survay mountain bike ''BAEKK PUNYA'' untuk dibeli menggantikan motor tu. Tenggoklah nanti,kalau ader rezeki maka ber''mountain bike'' pula saya lepas ni.


Wednesday, January 21, 2009

HARAPAN KELUARGA.



Dah 2 minggu anak saya ni masuk asrama. Rasa sunyi pulak kat rumah tu. Tak de lagi kedengaran suaranya yang selalu marahkan adik adik bila peralatan sekolahnya diusik. Dia ni anak sulung, jadi selalulah diberi tanggungjawab menjaga adik adik. Dia ada 3 orang adik, seorang perempuan dan 2 orang adik lelaki.
Selepas pembantu rumah saya balik Indon tak datang datang, banyak tanggungjawab terpaksa dia pikul,tambahan pula masa tu cuti sekolah. Kesihan....Tak macam kawan kawan lain ,bila cuti dapatlah peluang pergi mana mana sekurang kurangnya ke rumah nenek.Tapi dia kena duduk kat rumah saja dengan adik adik.,Bukan suka, tapi atas dasar tanggungjawab dia bersabar.
Nama dia Sayidatulatiyah....''Anugerah'' lah lebih kurang maknanya. Dulu 6 tahun bersekolah di Sekolah Rendah Agama As Saidiyah Seremban. Tak de lah cerdik sangat, pada pandangan saya lah. Darjah 1 sampai darjah 4 tak menonjol langsung kat sekolah. Kat rumah selalu kena marah. Kalau dengan ibu tentu pasal kerja rumah. Kalau dengan abu (ayah) pasal pelajaran atau feel yang tak baik. Kadang kadang menyesal pulak rasanya selalu marah anak ni. Eh..eh..eh..
Masuk tahun 5 dia naik kelas, barulah nampak peningkatan dalam pelajaran. Itupun nampak macam biasa sahaja. Tahun 6 sekolah adakan program kelas tambahan, maklumlah UPSR. Dia nampak bersungguh sunguh ikut apa apa program sekolah. Saya pun taklah pantau sangat, cuma ibu dia kadang kadang bising sebab ada benda benda mudah dia masih tak faham.S ampai dekat dekat exam pun masih ada yang dia tanya ibu dia. Apalagi makcik tu.......hangin laa satu badan. Padahal budak tu nakkan pengesahan je kot. Biasalah ibu ,sentiasa letakan harapan yang tinggi pada anak. Saya ada tanya tahap self confident dia, nampaknya tinggi. Di luar expectation saya.Trial dia confident dapat 5A. Tapi result 4A 1B. Tapi dia nampak selambe je, macam tak kisah pun.
Bila peperiksaan makin dekat baru nampak kesungguhan, itupun tak meyakinkan saya. Tapi atas dasar tak nak push dia saya hanya bagi galakan supaya dia tak rasa tertekan. Cuma satu dia ni rajin berdoa, solat hajat dan yang sewaktu denganya. Tak macam saya....Kalau isteri tak kejut ,pakai guna doa lepas solat biasa jer lah.Itu pun selalu miss. Yang bestnya dia pernah tulis surat kat sorang ustaz minta doakan dia, siap bagi duit 10 ringgit sebagai penghargaan. Saya dijadikan postman, segan jugak dibuatnya.
Musim UPSR tahun tu bulan puasa, risau juga rasanya maklumlah takut kalau lapar terganggu pula konsenrtasi. Saya tanya lagi sekali self confidentnya, 5A katanya. Saya tanya balik kalau tak dapat? Dia jawab 4A1B. Wah!!!Ini sudah bagus. Hari terakhir exam ada cerita tak sedap dengar.
Matematik dia tak dapat habiskan jawapan, tak cukup masa katanya. Yang last last dia main hentam je. Aduh....Parah. Saya mula hilang keyakinan nak terima result 5A.
Tapi dia betul2 membanggakan saya bila tiba hari keputusan keluar, ikgu ucap tahniah pada saya sebab die score 5A utk UPSR.S ementara utk aliran Agama dari 15 subjec dia score 8A 5B. Alhamdulillah. Sayalah org paling bangga pada hari itu.
Sekarang dia sudah bersekolah jauh nun di Dungun, kat rumah nenek dia. Mudah2an Allah bantu dia untuk terus berjaya bukan setakat dunia tapi Akhirat yang lebih utama.
Untuk Kakak...Abu doakan sentaiasa berada dalam Redha Ilahi...Amin. I m proud on you!!

Tuesday, December 16, 2008

JIKO SHOKAI.

Saya berasal dari negeri pantai timur, Terenggunu. Keluarga ayah saya kini menetap di Kuala Dungun -''dekak dengang sura Aji Bideng"di Sure Gate. Saya panggil The Gate jer....Bunyi macam The Hage pulak yer...
Saya kini menetap di Seremban,dah hampir 14 tahun. Daripada hanya bawa satu beg pakaian kecil
hingga mamapu miliki rumah sendiri. Betapa besarnya anugerah Ilahi yang telah saya kecapi. Daripada tidak memiliki sesiapa ,sekarang mempunyai 2 pasang anak dan seorang(baru)isteri.....(Yang jangan marah yer). Rasanya bertuahnya hidup yang telah saya lalui selama ini. Tapi masih lagi rasanya lemah dalam bershukur pada apa yang saya terima selama saya hidup dari Tuhan.
OK. Seterusnya saya memperkenalkan diri saya. Nama?...Isteri saya panggil ''Ling". Anak saya panggil "Abu". Tapi kat sini panggil saja panggilan manje saya di rumah masa kecik2 "BaTing". Atau kalau panggilan penuhnya ''Abang Ting''.

Monday, December 15, 2008

MANA SATU?


Ini gambar mikail dan jibril.Sorang dah sekolah,sorang lagi masih tadika.Tadika Sri Fajar kat TTJ Seremban.Biasanya kalau malaikat kita baca Jibril dulu,tapi yang ni abang nama Mikail,adik nama Jibril.Terbalik pulak.